Feb 5, 2008

Bahagian Tubuh Yang Paling Penting...


Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling penting. Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang aku anggap benar.
Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku menjawap.. “Telinga, bu..”
Jawap ibuku, “Bukan, ramai orang yang tuli, tapi teruslah memikirkannya dan aku akan menanyakanmu lagi nanti…
Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya kepadaku lagi. Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapanku kali ini pasti benar. Jadi kali ini aku mengatakan, “Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita..”
Dia memandangku dan berkata, “Kamu belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta..” Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari tahun ke tahun, ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawapannya selalu, “Bukan, tapi kamu semakin pandai dari tahun ke tahun anakku..”
Akhirnya tahun lalu, datukku meninggal dunia. Semua keluargaku bersedih dan menangis bahkan ayahku juga. Aku mengingatinya kerana itulah saat kedua kalinya aku melihat dia menangis. Ibu memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada datuk.
Dia bertanya padaku, “Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling penting, sayang?”
Aku terkejut ketika ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara ibu dan aku.
Ibu melihat tanda kebingungan di raut wajahku dan memberitahu, “Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar ‘hidup’. Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahu kamu kenapa. Tapi hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting.
Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan airmata. Dia berkata, “Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting adalah bahumu.”
Aku bertanya, “Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?” Ibu membalas, “Bukan, tapi bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis. Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu akan selalu mempunyai bahu untuk menangis bila-bila pun kamu memerlukannya…”
~~ Jadilah insan yang selalu sedia untuk meminjamkan bahu kepada mereka yang memerlukan.. Untuk semua yang masih sudi meminjamkan bahu mereka ketika saya ingin menangis, terima kasih... ~~

12 comments:

.....picky..... said...

mmmmm....

ann....

here am i with ma comfort shoulder po u!!!meh cini meh

Cik Ann said...

me lurved that..
huhu..
maceh sue sayam >:D<

Qaseh Bidadari said...

ermmm...mama sedia jd tmpt awak nangis...

Cik Ann said...

wahh mekasih gak mama >:D<
jangan nyesal ehh..
ann kuat nanges :D

Hajar said...

wah, nk pinjam bahu.
wat tempat rehat cam R&R :p

Cik Ann said...

hakhak kakak senget..
kalo mcm R&R, kana cas la kot..
wendu kakak laa..

fat said...

saya bley pnjamkan bahu sy.. mari2

Anonymous said...

nak pinjam bahu ieba hhehe kena caj lah

Cik Ann said...

gadis : hohoho.. lebar tak bahu gadis? :))

ieba : kemut ehh >:)

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

huhu..
kuat ngs eh? kuat ngs gak..
bole le pjm bahu ni ek?
kita saling pinjam-meminjam kan..
ngs pon leh sama2..
hihi..

^.~

Cik Ann said...

hahah..
nanges sama²?
jom²..
bila mo nanges tu?
hukhuk~~~

Cik Ann said...
This comment has been removed by the author.