Mar 31, 2008

Dilema Zaman Sekarang...


Dulu kat kampung saya, setiap kali ada majlis perkahwinan, hal pertama yang jadik bualan ialah berapa hantaran yang disediakan, menantunya kerja apa, hensem ke tak, anak orang kaya ke, bla..bla..bla... Dan sekarang bila berpindah ke tempat tinggal saya ni, saya ingatkan benda tu berakhir jer. Tapi rupa²nya ada jer makhluk² macam tu, di mana² jer. Benda² ni dah jadik macam perlumbaan di antara ibu² di situ, anak siapa paling mahal. Haih! Menjual anak ke diorang ni? Lagi mahal hantaran, lagi tinggi la hidung mak bapak pengantin. Bagi saya, janganlah membebankan pihak yang ingin mendirikan masjid tu, tak elok. Agama sendiri tak menggalakkan. Ada yang sampai sanggup membuat pinjaman semata² nak belanja untuk kahwin. Lepas kahwin, hutang menimbun. Haha!

Saya pernah terbaca, kehidupan selepas kahwin itulah yang sepatutnya kita fikirkan. Bukannya nak bertanding majlis siapa yang lagi meriah kat situ, hantaran siapa paling mahal...


Perbualan dengan seorang teman,

"Berapa hantaran yang kau nak kalo nak nikah nanti?"

"Entah. 7K cukup laa kot.."

"7K jer?!"

"Nape? Murah sangat ker?"

"Tak berbaloi laa kau nak kahwin, nak spend your lifetime dengan dia semata² 7K jer.."

-Terkedu-


Penting sangatkah nilai itu di mata manusia² zaman sekarang? Bagi saya, elok yang wajib itu didahulukan. Majlis sekadar ala kadar pun takpe. Yang penting, menjauhkan maksiat dan kemurkaan Allah. Tapi yang saya tengok sekarang ni, pelamin yang maha indah tersergam depan mata. Kalaulah niatnya nak menunjuk², alangkah tak eloknya. Lepas tu siap ada kugiran yang melalak² lagi. Haih!

Tiap orang punya pandangan sendiri. Saya hanya menyuarakan ketidakpuasan hati saya tentang keadaan zaman sekarang yang banyak membebankan!

10 comments:

Hajar said...

aiyak, byk betol bela spam ek? huhu...
tapi, saye sangat setuju dengan hal itu. orang sekarang ni mmg pk kan hal-hal macam tu. materialistik!
kalau kita dok buat yang wajib jer, ada pulak mulut yang gatai dok mengata memacam. dah terlanjurla, apela. pdhl sepatutnya majlis yang dibuat secara sederhana untuk memberitahu yang pasangan tu dah sah jadi suami isteri pun cukupla kan?
jadi dilema kdg2 bila pk kan hal ni. mana lebih penting, antara yang wajib ataupun memenuhi kehendak org lain? *sigh.

Cik Ann said...

huhu..
betul²..
sangat menyokong.
jadik sebenarnya benda ni melambatkan urusan yang sepatutnya dipercepatkan.. camne ehh nak sedarkan diorang ni? brainwash la kot :D

Anonymous said...

kalau aku nak kawen aku tak nak hantaran duit aku nak hantaran kunci jer...
1. kunci hati dia
2. kunci rumah (teres xnak apartmen)
3. Kunci kereta idaman aku - honda Civic
4. kunci bilik hehe...
demand x aku ini...

saya yang menurut perintah
-SAYA-

Anonymous said...

salam...huwaaaaaa da cite2 kawen da nih...da dpt 'seru' ke ann? bagus laa...alhamdulillah...ajak2 la nnt eh..nk gak rase nasi minyak an eheheheh

Cik Ann said...

yan : senget tul ko ni. erkk bukan ko kata takmo kawen ke? ngeh ngeh ngeh!!

nana : hikksss... lom sampai seru cuma berbicara mengikut apa yang diperhatikan selama ni. memang gtu la hakikatnya di sekeliling kita ni :D

Anonymous said...

eh, mmg la...aku kata "kalau" kan ko nih..haha bukan kata aku kawen haha..apa yg best kawen ehh???habaq kat aku sat :p -SAYA *yang takut nak kawen*-

Cik Ann said...

mana laa aku taw best ke tak kalo kawen..
yang aku taw, aku nakkan someone yang ada dengan aku sampai aku tua :p
insyaAllah..

Anonymous said...

sokong ann!!!

ngeee...

Anonymous said...

sokong gak la..hehe

Cik Ann said...

hahah.. lelaki kompem² laa menyokong! :p