Dec 7, 2007

Kesalahan Tarikh...


Sejak kebelakangan ni, saya selalu saja lupa tarikh. Terasa terlalu cepat masa berlalu. Sedar tak sedar hari ni dah 7 Disember, menghampiri penghujung tahun 2007...

Ini kisah semalam...
"Ann tak ambil cuti ke raya haji ni?"
"Tak kot kak. Alaa watpe nak pk? Raya lambat lagi la kak.."
"Lambat? Ann, raya lagi 2 minggu la.."
"Eh ye ke? Skang bulan Disember ke?"
~~Ngee~~

Kisah bulan lepas...
Telefon atas meja berdering..
"Hello.."
"Cik Asmahan ke ni?"
"Saya.."
"Saya dari bahagian maintainance. Tadi cik ada submit borang booking elektrik (borang yang perlu diisi bila nak bekerja hujung minggu)..
"A'ah ada saya faxkan.. Kenapa? Ada masalah ke?"
"Cik nak kerja hujung minggu ni ke?"
"Yelah. Takkan hujung minggu lepas pulak..."
"Tapi tarikh yang cik isi ni 10 dan 11 November. Hari ni 14 November..."
"Erkkk.. Sorry.."
"Takpe.. Lain kali tgk kalendar bebetul... Atau cik ni memang ketinggalan masa kot"
Cehh.. Kurang asam punya budak.. Sempat ngutuk aku ^_^


Nessa - Agaknya saya terlalu suka hidup dalam kenangan ^_^

1 comment:

Hajar said...

ehehe.
makin bertambah2 kesengalan sekarang ek? :p