Dec 17, 2007

Rindu Dan Sunyi...

~~ Tatkala anda berada dalam riang, anda tidak akan kenal apa itu sunyi.. Tatkala anda gembira dan ceria, anda tidak akan tahu maknanya rindu. Nantilah, tatkala anda benar² seorang diri, ketika gemersik biola semakin melayat perasaan anda, baru anda tahu betapa sakitnya apa yang bernama rindu dan sunyi itu... ~~~
~~ Ketika anda terasa sunyi dan sepi, cubalah tonton telatah Tom & Jerry. Sepatutnya kita sekuat Tom, biarpun sentiasa gagal untuk menangkap Jerry, Tom tak pernah berputus asa malah terus mengejar dan mengejar walaupun tetap kalah... ~~~
~~ Kenalilah diri anda tatkala anda sunyi. Apakah meledak rasa rindu hingga tak tertanggung ataukah anda masih terpantau bagus dan senyum biarpun terhimpit dan dihimpit. Itulah antara lain uniknya anda kerana tak semua orang mampu mendepaninya... ~~~
~~ Dr Hm Tuah Iskandar Al-Haj... ~~~

No comments: