Dec 31, 2007

Sayonara 2007...


Entri terakhir untuk tahun 2007, tahun yang paling banyak meninggalkan kenangan pahit manis dalam hidup saya.
2007..
Saya jumpa dia...
2007..
Saya juga kehilangan dia...
Singkat kan?
Namun cukup meninggalkan kesan dalam hidup...
Cukup untuk menghilangkan semangat hidup saya...
Saya akui saya terpaksa memulakan segalanya semula berbekalkan harapan yang jua makin menipis...
Bukan mudah..
Memang hidup ni tak mudah kan?
Tuhan uji kita sebab Dia sayangkan kita...
Hanya itu yang saya pegang selama ni...
InsyaAllah Dia sayangkan saya...
Saya hanya berharap 2008 nanti akan membuka lembaran baru dlm hidup saya...
Azam?
Saya sebenarnya tak pernah berazam...
Saya lebih suka membiarkan segalanya berjalan tanpa perancangan..
Bak kata orang, just follow the flow...
Impian?
Saya memutuskan untuk tidak lagi menyemai impian...
Putus asa?
Tidak...
Serik barangkali...
Sakitnya bila impian yang dibina hancur begitu sahaja...
Lagipun dengan hidup saya yang perlu saya format semula ni, rasanya tidak perlu untuk saya punya impian...
Kadang saya merasakan saya tidak layak untuk mengimpikan apa saja...
Haih! Apa² jelah..
Semoga 2008 akan lebih manis untuk saya...
2007 akan tetap saya bawa bersama, mungkin sekadar satu kenangan yang tak mungkin saya ulang kembali...
Pagi tadi saya menghabiskan masa meninjau kembali komuniti yang dulunya meriah sangat, tapi sekarang ni macam kehilangan seri..
Sirna..
Portal dan Forum Hellobebeh...
Tempat yang saya selalu melepakkan diri, menghilangkan kesengalan otak setelah seharian penat bekerja...
Rindu..
Terlalu rindukan kenangan itu T_T
Moga apa yang dibina akan berkekalan...
Buat yang mengenali, minta maaf hujung rambut hingga hujung kaki...
Sayonara ^_^

Dec 28, 2007

Me N Kakak Pu3...


Sajer nak kongsi hasil kerja tangan saya ngan kakak pu3.. Created using the DOODLE IMVironment Yahoo Messenger... Jangan marah yer kakak.. Sebenarnya saya jer yang menyontengnya, kakak sekadar menemankan saya dan jadik tukang gelak. Rambutnya berbelang² tu kakak kata rock kapak.. Hikhik! Anyway thanx kakak... U made my day brighter today cuma ada sedikit sedih bila takleh nak jumpa kengkawan Blues. Huh! Takpelah. Mungkin di lain kesempatan ada rezeki nak jumpa. Miss you all... Selamat berhujung minggu semua :D

Dec 27, 2007

Ferrero Rocher Ataw Apollo Roka ^_^


Di suatu malam yang hening, ada 3 beradik sedang melepakkan diri di atas katil si kakak yang baik hati.. Tiba-tiba datang seorang budak kecik, adik mereka² ini ^_^
Adik : Weyhh.. Kawan papa bg cekelat laa..
Kakak 1 : Cekelat apa? Bak mai nak tgk!!
Kakak 2 : Wahh cekelat ferrero laa..
Kakak 3 : Hahahah... Ye ke ferrero? Ntah² apollo roka...
Ngeee~~~
Kesudahannya si kakak 3 tidak sempat menikmati cekelat ferrero yang dikatakan apollo roka itu.. Haih!! Bukan rezeki la kan? Kan? Lain kali siasat bebetul dulu. Padammuker!
~~~ Adakah saya telah sembuh dari kesakitan yang saya alami? Tidak! Saya semakin sakit dari hari ke hari dan sekarang saya sedang mengumpul segala kesakitan. Semoga nanti, saya bisa meninggalkan segala kesakitan itu bersama 2007 yang akan berlalu... Pergilah. ~~~

Dec 24, 2007


ku anyam kembali
lembaran harapan yang tercarik...
moga apa yang menanti
bisa membalut hati yang tercalar...

Dec 21, 2007

!!


Ketika tiba saat perpisahan janganlah kalian berduka,
sebab apa yang paling kalian kasihi darinya,
mungkin akan nampak lebih nyata dari kejauhan - seperti gunung yang nampak lebih agung terlihat dari padang dan dataran...
~~ Kahlil Gibran ~~

Dec 19, 2007

Gerimis Itu...


Gerimis itu
Mengiringi pertemuan dua hati...
Gerimis itu
Bagai satu petanda
Langit juga menangisi...
Gerimis itu
Menjadi saksi
Engkau pergi
Dan aku,
Tetap di sini...
Ann - Buat teman², Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha..
Dan buat dia, esok genap setahun kita dipertemukan.. Saya sentiasa doakan kebahagiaan awak...

Dec 18, 2007



If the only possible way we can be together is in my dreams,

then I'll sleep forever

~~ unknown ~~

Ann - Gerimis itu bagai mengerti, ada hati yang sedang menangis...

Dec 17, 2007

Rindu Dan Sunyi...

~~ Tatkala anda berada dalam riang, anda tidak akan kenal apa itu sunyi.. Tatkala anda gembira dan ceria, anda tidak akan tahu maknanya rindu. Nantilah, tatkala anda benar² seorang diri, ketika gemersik biola semakin melayat perasaan anda, baru anda tahu betapa sakitnya apa yang bernama rindu dan sunyi itu... ~~~
~~ Ketika anda terasa sunyi dan sepi, cubalah tonton telatah Tom & Jerry. Sepatutnya kita sekuat Tom, biarpun sentiasa gagal untuk menangkap Jerry, Tom tak pernah berputus asa malah terus mengejar dan mengejar walaupun tetap kalah... ~~~
~~ Kenalilah diri anda tatkala anda sunyi. Apakah meledak rasa rindu hingga tak tertanggung ataukah anda masih terpantau bagus dan senyum biarpun terhimpit dan dihimpit. Itulah antara lain uniknya anda kerana tak semua orang mampu mendepaninya... ~~~
~~ Dr Hm Tuah Iskandar Al-Haj... ~~~

Hari Kemingguan...

Sabtu - Plan untuk ke kajang terpaksa dibatalkan atas sebab² yang amat menaikkan amarah saya... Lantas terpaksa ditunda ke hari ahad menyebabkan plan ahad untuk bertemu kawan² terpaksa dibatalkan. Maaf untuk itu... :'(

Ahad - Ke kajang untuk melangsaikan hutang :) Selepas itu saya merayap ke The Mines dengan adik saya. Mencuci² mata yang semakin kelabu ni. Sempat shopping sikit barang untuk saya... Dan saya juga sempat menjamah eskem kegemaran saya, McFlurry =)


Duhai langit di taman hati,
pintaku hanya satu..
Berhentilah menangis..
Aku semakin kedinginan...
Ann - I'm still a big girl in my small world T_T

Dec 14, 2007


Saya sedang dalam keadaan berkabung sekarang.. Kepada sesiapa yang mungkin terkena perangai meroyan saya, saya minta maaf banyak²...

Dec 13, 2007



Semalam saya menerima satu panggilan dari seorang kawan.. Kawan lama. Kawan ketika sama² bekerja sebagai salesgirl di Mines. Kedai coklat (tak mustahil saya suka coklat ^_^).. Lama lost contact dengan dia. Dah kawen pun skang ni, tgh hamil anak sulung. Good to hear that...
Abis berborak, termenung. Teringat balik satu kisah masa bekerja kat situ. Ada seorang customer, perempuan India. Masa tu turn kawan saya untuk melayan. Saya just berdiri kat tepi, macam bos :) Tiba-tiba perempuan tu datang tanya kat saya..
"Are u local?"
Haaa!! Nasib baik tak ternganga mulut saya.. Nak jer saya jawap saya manusia ORI. Hahah =)
"Sorry.."
"Malaysian ?"
Huhu.. Dia ingat saya datang dari mana yer? Rasanya muka saya dah cukup untuk orang kenal saya orang Malaysia.
"Yes.. I'm from here."
Dia dah gelak..
"Maafkan saya. Saya ingat awak pelancong"
Jawapan yang buatkan saya ikut tersenyum.
"Takpe. Saya kerja kat sini"
Mungkin untuk cover kesilapan dia, dia meminta saya membungkus coklat 100 gram.. Bila dia berlalu, saya terfikir... Saya ada rupa orang bukan Malaysia ke? Lain orang lain pandangannya, bukan? Tapi yang pasti saya takde rupa seorang aci yer.. ^_^
~~ Saat ini saya sedang mengalami penyurutan perasaan (?) yang berada di tahap kronik, kecederaan emosi yang kritikal dan kecerunan graf mood yang sedang menuju ke paras negatif.. Sebenarnya saya juga sedang merajuk dengan diri sendiri. Ada sesiapa tahu cara nak memujuk diri sendiri? Dah lama saya tak praktikkannya T_T ~~

Dec 12, 2007


Maafkan aku kerana terlupa..
Sayang dan cinta ada bezanya...
Nessa - Saya membatalkan hasrat berehat dari blog kerana ternyata saya semakin lelah bila bermonolog sendirian. Membuatkan saya lebih melankolik dari biasa...

Dec 11, 2007

Musim Berhibernasi...


Setelah beberapa hari memikirkan segala persoalan, saya terasa ingin berehat dari dunia blog. Telah tiba musim untuk saya berhibernasi. Mungkin sementara, mungkin... Saya sendiri tidak tahu. Apa yang pasti saya semakin kelelahan dalam meniti perjalanan hidup saya. Dan saya pasti tiada yang akan merindui coretan saya ini.
Saya telah kehilangan saya yang dulu. Saya perlu berpatah balik, mencari apa yang telah hilang. Kekuatan saya semakin mencair, kesabaran saya mulai menipis. Sebelum segalanya menjadi lebih sakit, ada baiknya saya berhenti. Saya terlalu merindukan hidup saya yang dulu. Walaupun tiada sesiapa di sisi, saya mungkin lebih kuat... Tapi saya tidak pernah menyesali apa yang saya perolehi untuk 2007. Saya selalu terbaca, untuk memperolehi sesuatu, kita mungkin akan kehilangan sesuatu yang lain... Mungkin ini harga yang saya harus bayar untuk dapat apa yang saya inginkan.

Teman² Blues :
Terima kasih untuk segala kenangan manis yang sempat kita kongsi bersama...
Kakak pu3 :
Terima kasih untuk segala nasihat. McFlurry tetap dikira hutang :)
Kak Katt :
Awak juga ada hutang dengan saya :D
Kak Ieba :
Nantikan saya yang baru ke? Saya yang baru mungkin lebih menyiput dari sekarang :P
Kak Akma :
Saya akan rindu untuk peluk awak yang kecik tu..
Last but not least, Ankel & Brad...
Terima kasih untuk segalanya... Atas segala nasihat dan dorongan. Ann tetap adik Brad...

Dec 10, 2007


Rinai tangis dalam hatiku
Bagai rintik hujan di kota
Apa gerangan makna lesu
Yang menyusup masuk kalbuku...
~~ Ayat-ayat Cinta ~~
Habiburrahman El-Shirazy

Hari sabtu merupakan hari bekerja bagi saya. Belum berkesempatan untuk menghabiskan bacaan novel ayat² cinta karya penulis di atas. Tapi saya hanya ada printing version a.k.a penjilidan sendiri :D Sebenarnya sudah agak lama saya memeram novel ini di dalam laci. Mungkin belum ada mood nak membacanya tapi lepas tgk prebiu filem yang diadaptasi dari novel ini, saya tertarik... Dan semalam saya hanya memerap di dalam bilik untuk menghabiskan bacaan novel ini. Sementelah mood saya juga kurang elok jadi sebaiknya saya hanya membuat hal saya sendiri tanpa perlu penglibatan orang lain. Sepertinya gejala Perangai Mental Sengal a.k.a PMS saya sudah mula menyerang. Dalam waktu² begini, saya tidak mengharapkan kehadiran sesiapa.. Biarkan saya bersendirian... Saya berjaya menghabiskan bacaan malam semalam. Puas hati dengan jalan ceritanya... Pengorbanan seorang isteri terhadap suami yang dicintai. Bukan semua isteri boleh berkorban sedemikian... :)
Semalam masa lepak tengok tv dengan keluarga, ada bulu mata yang gugur. Adik menegur, katanya ada yang merindu. Ye ker? Saya teringat pada seorang teman yang pernah mengatakan alis mata saya lebat dan hitam, saya membalas mungkin tiada yang merindui saya barangkali. Jawapan yang mengundang kerutan di dahi.. :D
Nessa - Masih merindui 'kehadiran' seseorang...

Dec 7, 2007

Kesalahan Tarikh...


Sejak kebelakangan ni, saya selalu saja lupa tarikh. Terasa terlalu cepat masa berlalu. Sedar tak sedar hari ni dah 7 Disember, menghampiri penghujung tahun 2007...

Ini kisah semalam...
"Ann tak ambil cuti ke raya haji ni?"
"Tak kot kak. Alaa watpe nak pk? Raya lambat lagi la kak.."
"Lambat? Ann, raya lagi 2 minggu la.."
"Eh ye ke? Skang bulan Disember ke?"
~~Ngee~~

Kisah bulan lepas...
Telefon atas meja berdering..
"Hello.."
"Cik Asmahan ke ni?"
"Saya.."
"Saya dari bahagian maintainance. Tadi cik ada submit borang booking elektrik (borang yang perlu diisi bila nak bekerja hujung minggu)..
"A'ah ada saya faxkan.. Kenapa? Ada masalah ke?"
"Cik nak kerja hujung minggu ni ke?"
"Yelah. Takkan hujung minggu lepas pulak..."
"Tapi tarikh yang cik isi ni 10 dan 11 November. Hari ni 14 November..."
"Erkkk.. Sorry.."
"Takpe.. Lain kali tgk kalendar bebetul... Atau cik ni memang ketinggalan masa kot"
Cehh.. Kurang asam punya budak.. Sempat ngutuk aku ^_^


Nessa - Agaknya saya terlalu suka hidup dalam kenangan ^_^

Gambar² Gathering Aci² Komuniti Blues...

Untuk melihat gambar² gathering, sila klik sini dan sini...
Thanx untuk archiq :)

Dec 5, 2007

Hujan...


Saat entry ini ditaip, di luar kedengaran bunyi sang guruh menandakan hujan lebat sedang melanda... Langit menangis lagi nampaknya... Hari ini aku memakai baju warna kegemaranku, purple. Aku pernah terbaca di satu blog, purple adalah warna berkabung... Ye ke? Bila diutarakan pada somebody, dia pulak tanya aku bukan hitam ke warna berkabung? :) Walau apa pun tafsirannya, aku selalunya memakai baju warna purple dan oren jika ingin memperbaiki mood aku yang bercelaru. Dan akan memakai hitam bila mood aku dah jatuh menjunam paras negatif :)
Nessa - Andai ku tahu...

Dec 4, 2007

Sila² menguji pengetahuan anda :)

Leaderboard

Create your own Friend Test here
Ada berani? :D

Tembak-menembak a.k.a Missed Call ^.^



Missed call.. Dulu main missed call tu dah jadi rutin harian saya. Masa bercinta dulu, missed call setiap hari tu wajib. Bagi saya, missed call adalah salah satu cara untuk bagitau seseorang yang kita sedang mengingatinya. Aneh ke? Mungkin ada yang menganggap missed call tu mengganggu. Setiap orang punya tanggapan yang berbeza. Saya pernah bertekak dengan mantan kekasih hanya kerana dia lupa untuk missed call saya setiap pagi. Missed call ibarat ucapan selamat pagi untuk saya dan sebagai tanda saya sedang diingati. Dirindui barangkali :)... Jadi kepada sesiapa yang kadang menerima missed call dari saya, jangan marah yer. Itu tanda saya sedang merindui anda. Dan sesiapa yang tidak mendapat missed call bukan bermakna saya melupakan kalian, cuma mungkin keadaan yang tak mengizinkan. Takut mengganggu :)

Lagi satu kebiasaan yang saya kekalkan, saya suka minta kawan² untuk belanja saya. Walau hanya sebekas McFlurry. Sebenarnya niat saya bukan menginginkan makanan tu. Hanya nak menjadikan alasan untuk bertemu dan percayalah bila tiba saat pertemuan, saya akan melupakan janji itu. Kenapa? Kerana saya ingin menyimpan janji itu untuk pertemuan yang akan datang, mungkin... Sekurang²nya saya masih ada alasan untuk menemui kalian, janji akan tetap kekal sebagai janji atau lebih senang disebut hutang :) Dan mungkin juga saya bimbang seandainya janji itu tertunai, pertemuan itu akan menjadi pertemuan yang terakhir untuk kita. :(

Nessa - Entah mengapa saat ini saya sepertinya merindukan Blues Selamanya dan kalian... T_T

Dec 3, 2007

Mimpi Itu Hadir Kembali...


"Maafkan saya. Saya terpaksa lepaskan awak. Pergilah..."
"Tapi kenapa?"
"Saya tiada jawapan untuk soalan tu.."
"Kenapa buat saya macam ni?"
"Maafkan saya..."
* End *
Usai sudah satu mimpi di suatu subuh yang hening... Dan di subuh itu, sekali lagi ada hati yang menangis. Mimpi februari lalu datang menjengah lagi. Cuma bezanya dulu mimpi itu hadir di saat bunga kasih sayang mula berputik dan sekarang, mimpi itu menjengah di kala jambangan kasih sudah mula kehilangan serinya... Apakah itu satu petanda?