Biar Kuanyam Mimpi Indah Ini Walau Kutahu Hanya Hamparan Duka Yang Menanti...
Dec 31, 2007
Sayonara 2007...
Dec 28, 2007
Me N Kakak Pu3...
Dec 27, 2007
Ferrero Rocher Ataw Apollo Roka ^_^
Dec 24, 2007
Dec 21, 2007
!!
Dec 19, 2007
Gerimis Itu...
Dec 18, 2007
Dec 17, 2007
Rindu Dan Sunyi...
Hari Kemingguan...
Ahad - Ke kajang untuk melangsaikan hutang :) Selepas itu saya merayap ke The Mines dengan adik saya. Mencuci² mata yang semakin kelabu ni. Sempat shopping sikit barang untuk saya... Dan saya juga sempat menjamah eskem kegemaran saya, McFlurry =)
Dec 14, 2007
Dec 13, 2007
Dec 12, 2007
Dec 11, 2007
Musim Berhibernasi...
Setelah beberapa hari memikirkan segala persoalan, saya terasa ingin berehat dari dunia blog. Telah tiba musim untuk saya berhibernasi. Mungkin sementara, mungkin... Saya sendiri tidak tahu. Apa yang pasti saya semakin kelelahan dalam meniti perjalanan hidup saya. Dan saya pasti tiada yang akan merindui coretan saya ini.
Saya telah kehilangan saya yang dulu. Saya perlu berpatah balik, mencari apa yang telah hilang. Kekuatan saya semakin mencair, kesabaran saya mulai menipis. Sebelum segalanya menjadi lebih sakit, ada baiknya saya berhenti. Saya terlalu merindukan hidup saya yang dulu. Walaupun tiada sesiapa di sisi, saya mungkin lebih kuat... Tapi saya tidak pernah menyesali apa yang saya perolehi untuk 2007. Saya selalu terbaca, untuk memperolehi sesuatu, kita mungkin akan kehilangan sesuatu yang lain... Mungkin ini harga yang saya harus bayar untuk dapat apa yang saya inginkan.
Teman² Blues :
Terima kasih untuk segala kenangan manis yang sempat kita kongsi bersama...
Kakak pu3 :
Terima kasih untuk segala nasihat. McFlurry tetap dikira hutang :)
Kak Katt :
Awak juga ada hutang dengan saya :D
Kak Ieba :
Nantikan saya yang baru ke? Saya yang baru mungkin lebih menyiput dari sekarang :P
Kak Akma :
Saya akan rindu untuk peluk awak yang kecik tu..
Last but not least, Ankel & Brad...
Terima kasih untuk segalanya... Atas segala nasihat dan dorongan. Ann tetap adik Brad...
Dec 10, 2007
Dec 7, 2007
Kesalahan Tarikh...
Sejak kebelakangan ni, saya selalu saja lupa tarikh. Terasa terlalu cepat masa berlalu. Sedar tak sedar hari ni dah 7 Disember, menghampiri penghujung tahun 2007...
Ini kisah semalam...
"Ann tak ambil cuti ke raya haji ni?"
"Tak kot kak. Alaa watpe nak pk? Raya lambat lagi la kak.."
"Lambat? Ann, raya lagi 2 minggu la.."
"Eh ye ke? Skang bulan Disember ke?"
~~Ngee~~
Kisah bulan lepas...
Telefon atas meja berdering..
"Hello.."
"Cik Asmahan ke ni?"
"Saya.."
"Saya dari bahagian maintainance. Tadi cik ada submit borang booking elektrik (borang yang perlu diisi bila nak bekerja hujung minggu)..
"A'ah ada saya faxkan.. Kenapa? Ada masalah ke?"
"Cik nak kerja hujung minggu ni ke?"
"Yelah. Takkan hujung minggu lepas pulak..."
"Tapi tarikh yang cik isi ni 10 dan 11 November. Hari ni 14 November..."
"Erkkk.. Sorry.."
"Takpe.. Lain kali tgk kalendar bebetul... Atau cik ni memang ketinggalan masa kot"
Cehh.. Kurang asam punya budak.. Sempat ngutuk aku ^_^
Nessa - Agaknya saya terlalu suka hidup dalam kenangan ^_^
Dec 5, 2007
Hujan...
Dec 4, 2007
Tembak-menembak a.k.a Missed Call ^.^
Missed call.. Dulu main missed call tu dah jadi rutin harian saya. Masa bercinta dulu, missed call setiap hari tu wajib. Bagi saya, missed call adalah salah satu cara untuk bagitau seseorang yang kita sedang mengingatinya. Aneh ke? Mungkin ada yang menganggap missed call tu mengganggu. Setiap orang punya tanggapan yang berbeza. Saya pernah bertekak dengan mantan kekasih hanya kerana dia lupa untuk missed call saya setiap pagi. Missed call ibarat ucapan selamat pagi untuk saya dan sebagai tanda saya sedang diingati. Dirindui barangkali :)... Jadi kepada sesiapa yang kadang menerima missed call dari saya, jangan marah yer. Itu tanda saya sedang merindui anda. Dan sesiapa yang tidak mendapat missed call bukan bermakna saya melupakan kalian, cuma mungkin keadaan yang tak mengizinkan. Takut mengganggu :)
Lagi satu kebiasaan yang saya kekalkan, saya suka minta kawan² untuk belanja saya. Walau hanya sebekas McFlurry. Sebenarnya niat saya bukan menginginkan makanan tu. Hanya nak menjadikan alasan untuk bertemu dan percayalah bila tiba saat pertemuan, saya akan melupakan janji itu. Kenapa? Kerana saya ingin menyimpan janji itu untuk pertemuan yang akan datang, mungkin... Sekurang²nya saya masih ada alasan untuk menemui kalian, janji akan tetap kekal sebagai janji atau lebih senang disebut hutang :) Dan mungkin juga saya bimbang seandainya janji itu tertunai, pertemuan itu akan menjadi pertemuan yang terakhir untuk kita. :(
Nessa - Entah mengapa saat ini saya sepertinya merindukan Blues Selamanya dan kalian... T_T
Dec 3, 2007
Mimpi Itu Hadir Kembali...
Nov 30, 2007
Usah Lepaskan...
Usah lepas genggaman tangan mu
Tak mudah ku melupa segala yang berlalu
Yang terindah
Nov 29, 2007
Nov 27, 2007
Misi Ke Angkasa..
Masa nak balik, kami mintak kebenaran untuk bergambar ngan Dr. Faiz tapi he refused. So menghormati keinginan dia, kami tangkap mak dia jer untuk bergambar. Itu pun jadi laa daripada takde kenangan langsung. His mum is so humble... Dan Dr. Faiz pun tak sombong. Thanz yaa.. Salah satu kenangan manis yang boleh aku jadikan penutup tirai 2007 walau ada lagi sebulan :)
ahli rombongan cik kiah bergambar bersama emak Dr. Faiz....
Nov 25, 2007
Mencari...
Nov 23, 2007
Mungkin ini memang jalan takdirku
Nov 22, 2007
Jiwa Sakit @ Sakit Jiwa?!!
Pagi ni bila sampai kat opis, kawan ajak g makan tapi aku tak nak walhal perut aku dah menjerit. Dia paksa gak aku makan. Aku ikut beli nasi goreng, alas perut. Ada yang bertanya nape muka aku cemberut jer ari ni, aku kata sakit jiwa. Dia kata bukan sakit jiwa cuma jiwa ko yang sakit. Huh! Tak sama ehh? Biarlah...
Hanya ada seorang jer yang leh watkan aku senyum dan gelak semalam. The one and only my baby, Nelli Adleana. :)
Nessa - Bila hati semakin terluka, dingin salji akan terasa hangat...
Nov 21, 2007
Dingin + Beku = Mati?!!
Nov 16, 2007
I'm empty... Inside.
Nov 15, 2007
Bosan Tahap Gaban...
Nov 14, 2007
Persimpangan..
Nov 12, 2007
Gathering Aci-Aci =)
Sedikit sebanyak gambar-gambar yang datang gath aci-aci 10 November 2007... Malas la nak citer lanjut. Tengah malas nak menaip =)
Nov 7, 2007
I Wish I Can Turn Back Time...
Your probably on your flight back to your home town
I need some shelter of my own protection baby
To be with myself instead of calamity
Peace, Serenity
I hope you know, I hope you know
That this has nothing to do with you
It's personal, Myself and I
We've got some straightenin' out to do
And I'm gonna miss you like a child misses their blanket
But Ive got to get a move on with my life
Its time to be a big girl now
And big girls don't cry
Don't cry
Don't cry
Don't cry
The path that I'm walking
I must go alone
I must take the baby steps until I'm full grown
Fairytales don't always have a happy ending, do they
And I foresee the dark ahead if I stay
Like the little school mate in the school yard
We'll play jacks and uno cards
Ill be your best friend and you'll be mine
Valentine
Yes you can hold my hand if u want to
Cause I want to hold yours too
Well be playmates and lovers and share our secret worlds
But its time for me to go home
Its getting late, dark outside
I need to be with myself instead of calamity
Peace, Serenity
Nov 5, 2007
Kenangan Sepanjang Jalan Kehidupan...
I'm getting colder in here...
Nessa - Masih mencari jalan keluar...
Oct 31, 2007
Behind These Dark Brown Eyes...
Oct 29, 2007
Oct 24, 2007
Kehampaan Hati...
2 3 hari ni aku berusaha untuk tido awal, merehatkan diri + palotak yang semakin tak tentu hala. Dan aku berjaya. Pukul 9 dah belayar ke alam mimpi. Semalam pukul 11 dah mintak tido. Sepanjang ketensenan aku ni, rutin harian aku berubah. Semalam balik dari opis, aku lepak jap terus mandi. Yang bagusnya, aku makin rajin =) Sebelum mandi, aku kutip semua baju-baju kotor untuk dibasuh. Yang nak kena hand-wash tu aku kutip, yang tak kena hand-wash pun aku basuh sekali. Ringan tugas mak aku sikit. Semua tu aku buat semata-mata nak menyibukkan diri, tak nak fikir benda-benda yang akan lagi menyesakkan fikiran. Yang tak bagusnya, makan makin bersemangat. Ajak ma+papa ke pasar malam beli stok lauk, aku beli segala jenis kuih yang aku rasa nak makan. Hish! Buruk perangai.. Diet musnah. Takpe. Next week start balik diet. =)
Masa nak tido semalam, termenung jap. Teringat balik kata-kata seorang lecturer dulu. "Sorry No Cure".. Perkataan yang selalu diucapkan setiap kali kitorang lambat datang kelas pastu sesenang mintak maaf ngan dia. Memula terpinga-pinga tak paham. Bila diamati, baru la paham maksudnya. Melafazkan maaf memang senang namun untuk memaafkan, akan ambil masa. So jangan sesenang buat salah pastu say sorry mcm tu jer. Kan? Sejak kebelakangan ni aku makin susah untuk memaafkan setiap kesalahan orang-orang sekeliling aku. Penat barangkali. Tiba masa untuk memikirkan perasaan sendiri. I'm not that same girl anymore... <<
Oct 23, 2007
My Little Baby..
Oct 19, 2007
Langit Yang Menangis...
Benarlah kata orang, cinta tak semestinya bersatu. Lantaran antara kita jua tiada janji yang diikat, tiada ikrar yang terlafaz, mungkin aku perlu mula belajar untuk melepaskan apa yang tak ditakdirkan untuk jadi milik aku...
Oct 18, 2007
Hari-hari Yang Berlalu...
11 okt - Sampai kat kg lebih kurang pukul 7.30 pagi. Lelapkan mata sekejap. Penat yang teramat sangat. Dalam kereta takleh tdo langsung sebab maksu pasang lagu kuat giler nak mengelakkan dia mengantuk. Huh! Dalam pukul 9 mak kejut ajak ke pekan Tanah Merah. Giler ramai orang kat pekan. Balik umah sambung tdo =)
12 okt - Berbuka puasa kat umah makcik. Orang lain sibuk kat dapur, aku sibuk tengok tv pastu karam depan tv. Bangun jer sumer dah siap masak. Makcik sengih jer tapi sempat gak adiahkan bebelan. =)
13 okt - Selamat hari raya AidilFitri. Macam biasa bangun pagi sesi bermaaf-maafan sesama sendiri. Lepas solat Eid, gerak ke To' Uban ziarah kubur arwah atuk. Pastu singgah dari umah ke umah sedara papa. Eheh kutip duit raya. Dapat 12rm utk ari raya pertama =) Cukup la utk orang yang dah tua sikit mcm aku ni...
18 Okt - Hari pertama memulakan kerja. Malas yang teramat =(
Nessa - Moga masih ada sinar di hadapan jalan yang penuh liku ini...
Oct 9, 2007
Oct 8, 2007
Bosan!
Bosannya bila takde benda nak dibuat
Bosannya bila ada benda yang nak dibuat tapi takleh nak buat
Bosannya bila takde keje
Bosannya bila terlalu banyak keje
Bosannya bila ada gangguan jiwa mcm skang ni
Bosannya bila rasa sedih tapi takleh nak nangis
Bosannya bila takde orang nak bercakap
Bosannya bila kena nangis sorang-sorang
Bosannya bila tak reti nak marah orang
Bosannya bila terpaksa buat benda yang kita tak suka
Bosannya bila kena senyum saat hati sedang berperang dengan kesedihan
Bosannya bila selalu kena berpura-pura
Bosannya bila rasa bosan tahap gaban mcm ni
Bosannya bila kena balik kampung time raya!!!
Bosannya bila tgk muka-muka hampeh yang aku rasa nak tembak je hari-hari...
Haih!! Sesungguhnya aku teramat bosan dengan kehidupan yang membosankan ni...
^_^
Oct 7, 2007
Kebisuan..
Membisu dah jadi satu tabiat aku yang tak boleh nak diubah. Aku lebih senang bercakap sendiri dari bercakap dengan orang yang takkan pernah mengerti apa yang aku rasa. Lebih menyakitkan andai aku juga yang dipersalahkan atas apa saja yang berlaku. Huh! Easier said than done. Dan sejak kebelakangan ni, aku makin membisu atas apa saja yang terjadi. Aku lebih suka pendamkan jauh-jauh ke lubuk hati. Rahsia di hati biarlah ku simpan sampai mati...